icon-search
icon-search
  • Tun-Tuah.png

Tun Tuah

RM 25.00
- +
icon-cart Add to Cart
Home

TYPE

PAPERBACK

CONDITION

NEW, wrapped in clear plastic covers  

AUTHOR

AFFIFUDIN OMAR  

SYNOPSIS

Umum mengenali Hang Tuah sebagai seorang pahlawan dan pendekar yang terbilang sahaja. Padahal, pencapaian Hang Tuah mentadbir dasar luar Negara Melaka selama lebih empat dekad, manghasilkan satu iklim ekonomi perdagangan maritim antarabangsa yang selesa, kurang diperkatakan. Ini membolehkan Melaka menjadi negara perdagangan global yang terulung. Kemakmuran Melaka yang terhasil menimbulkan keinginan kuasa-kuasa wilayah Tenggara Asia, menaklukinya. Contohnya Majapahit dan Siam menaruh cita-cita menawan Melaka.

Laksamana Hang Tuah menggunakan kaedah diplomasi yang licik mematahkan cita-cita ini. Beliau membawa Melaka berbaik-baik dengan negara Cina dan India, dua kuasa dunia di zaman itu. Pada masa yang sama, beliau menubuhkan angkatan laut yang gagah yang bertempur jauh dari perairan kota Melaka dengan mana-mana kuasa yang hendak melanggar Melaka. Apabila ini berlaku, iklim perniagaan di pasaran kota Melaka tidak terjejas oleh kekacauan.

Kearifan Hang Tuah ditunjangi oleh penguasaan berbagai ilmu yang mendalam seperti penguasaan banyak bahasa, penguasaan pelbagai seni tempur dan pegangan kuat kepada akidah Islamiah, mematuhi hukum syarak dan mempunyai akhlak yang mulia.

Ikutilah tindak-tanduk Laksamana Melayu yang merupakan de-facto Menteri Luar Melaka, yang memastikan perjalanan ekonomi Melaka tidak terjejas.




Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.