Let's just rent, instead of buying :) Lets Rent!
icon-search
icon-search
  • Misteri Taming Sari.png

Misteri Taming Sari

RM 29.90
- +
icon-cart Add to Cart
Home

TYPE

PAPERBACK

CONDITION

NEW

AUTHOR

IBNU IBRAHIM AT-TAWARI

SYNOPSIS

kutelusuri jejak-jejak sejarah mencari Keris Taming Sari, bermula dari kerajaan Majapahit sehingga ke kerajaan Melaka. Kutelusutri Sulatatus Salatin, Sejarah Melayu dan tak lupa Hikayat Hang Tuah sendiri kerana keris ini milik Laksamana Hang Tuah. Kutemui juga Sang Kertaksa, Patih Gajah Mada, Seri Betara Majapahit, Aria Putera di Bukit Pancalusa, Sang Persanta Nala di Gunung Wirana Pura, Syeikh Mansur di Hulu Melaka, Suraprabhawa Raja Majapahit, Patih Kerma Wijaya, baginda Sultan Mahmud Shah dan ramai lagi. Tak kulupakan Tun Mamat kerana beliau pernah bersama Hang Tuah sewaktu meminang Puteri Gunung Ledang, semata-mata untuk mencari jejak-jejak sejarah yang ditinggalkan oleh Keris Taming Sari yang bagiku begitu misteri.

Tidak cukup di situ, aku tandangi Candi Borobudur di Yokyakarta untuk mempastikan apakah keris pernah wujud di Indonesia. Aku dapati, pada relief di Candi Borobudur itu, tepatnya di sudut bawah bahagian Tenggara, gambar beberapa parajurit membawa senjata tajam yang menyerupai keris. Begitu juga di Candi Prambanan. Di Candi Prambanan pula terdapat gambar yang serupa, terutamanya di candi utama yang disebut sebagai Candi Shiva. Di candi ini juga terdapat relief monyet yang menghunus sejenis belati mirip keris dan Laksamana sedang bertempur sambil memegang senjata serupa. Jenis senjata tikam di Candi Prambanan itu tidak berbeza dengan yang ada di Candi Borobudur: kedua-duanya tergolong sebagai junis 'Keris Buda'. Dilihat bentuknya, keris itu berukuran pendek, gemuk dan agak tebal, mirip dengan senjata tikam yang berkembang di India.

Memang tidak syak lagi, Keris Taming Sari memang berasal dari Indonesia, milik Taming Sari yang pernah hidup dalam kerajaan Majapahit suatu ketika dahulu. Tetapi keris ini dihadiahkan kepada Hang Tuah oleh Raja Majapahit Suraprabhawa selepas Hang Tuah berjaya mengalahkan Taming Sari. Setelah banyak jejak sejarah yang tentunya bersimpang siur yang kutelusuri, akhirnya aku telah berjaya juga merungkai misteri Keris Taming Sari ini...

TOTAL PAGE


Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.