SIFU MANDARIN BOARD GAMES - SATU-SATUNYA "BOARD GAMES" MANDARIN YANG PERTAMA DI MALAYSIA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU. DAPATKAN SEKARANG!
icon-search
icon-search
  • Kota-Dunia-Islam.png

Membongkar Sejarah Kegemilangan Kota Dunia Islam

RM 38.90
- +
icon-cart Add to Cart
Home

TYPE

PAPERBACK

CONDITION

NEW

AUTHOR

ABU HAFIZ MUSTAFA

SYNOPSIS

Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W diturunkan kepada bangsa Arab yang dikenali sebagai bangsa yang mundur, jahil, tidak terkenal dan dihinakan oleh bangsa-bangsa lain. Kaum mereka kemudiannya menjadi bangsa yang maju dengan pantas bergerak mengembangkan dunia, membina satu kebudayaan dan peradaban yang sangat penting dalam sejarah manusia hingga saat ini.

Ketika Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kaum Muslim untuk mengangkat khalifah, sepeninggalan baginda, Khalifah inilah yang dibaiat secara syar'i untuk memimpin kaum Muslimin berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulnya. Sesiapa yang menjadi Khalifah akan melaksanakan syariat Allah sekaligus menyebarluaskan Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad membawa sinar cahaya menerangi alam.

Sejarah peradaban Islam adalah bentangan kilauan yang memancar dan menerangi peradaban dunia. Ketika bangsa Barat masih dalam masa-masa kegelapan (dark ages), sejarah peradaban Islam sudah memainkan peranannya dalam bidang kemajuan ilmu pengetahuan. Ketika zaman kegemilangan Islam, lahirlah ramai para Ilmuwan Muslim yang hebat di Andalusia, Baghdad, Damaskus, Kaherah, Morocco dan kota-kota Islam lain, mereka membangunkan peradaban serta membuktikan Islam membawa kemajuan. Dengan kehadiran artifak-artifak sejarah, manuskrip-manuskrip kuno, bangunan-bangunan yang masih kukuh nan indah melambangkan kejayaan dan peninggalan-peninggalan sejarah peradaban Islam lainnya yang sampai hari ini jejaknya masih wujud, adalah bukti dari keunggulan kaum muslimin.

Pembaca akan diajak untuk mengetahui sejarah kota-kota Islam, peristiwa yang berlaku, khazanah-khazanah peradaban, masjid-masjid bersejarah, yang dapat menambah pengetahuan dan kekaguman pembaca akan kejayaan Islam pada masa lalu.

TOTAL PAGE

263






Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.