icon-search
icon-search
  • Mesopotamia.png

Membongkar Misteri Tamadun Awal Dunia: Pandang Sisi Peradaban Manusia Mesopotamia

RM 35.90
- +
icon-cart Add to Cart
Home

TYPE

PAPERBACK

CONDITION

NEW

AUTHOR

MUHAMMAD DANIAL RAMLI

SYNOPSIS

Mesopotamia merupakan tamadun awal dunia yang melambangkan kehebatan peradaban dunia silam yang semakin hilang daripada garis pensejarahan terutama dari sudut pandang timur kerana kurang diberi perhatian akan peripentingnya. Walhal, sebenarnya tamadun Mesopotamia amat akrab dengan timur atau dunia muslim kerna ramai nabi/rasul yang dibangkitkan di sana termasuklah Nabi Idris, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim dan Nabi Yunus. Nabi/rasul ini berperanan untuk mengajak masyarakat Mesopotamia untuk menyembah Allah.

Penulisan ini juga menghuraikan tentang latar belakang kemunculan tamadun Mesopotamia meliputi latar masa dan kedudukan geografinya. Juga sistem pemerintahan, sistem ekonomi dan sosial Mesopotamia.

Penulisan ini turut membawa pembaca menyelami misteri Mesopotamia yang dimanisfetasikan melalui karya-karya seperti Enuma Elis, Epos Gilgamesh, Athrasis dan Codex Hammurabi serta keunikan monumen seperti Ziggurat, Taman Tergantung Babylon, Silinder Gudea dan MenaraBabel. Nyata masyarakat Mesopotamia amat maju dari sudut intelektual dan kemahirannya. Mungkin kerana terdapat nabi/rasul sebagai pemandunya.

Walau bagaimanapun, sudah lumrah sesebuah tamadun akan melalui kitarannya, muncul, bangun, berkembang dan akhirnya runtuh, begitu halnya yang berlaku kepada tamadun Mesopotamia. 

TOTAL PAGE

181

Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.