SIFU MANDARIN BOARD GAMES - SATU-SATUNYA "BOARD GAMES" MANDARIN YANG PERTAMA DI MALAYSIA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU. DAPATKAN SEKARANG!
icon-search
icon-search
  • Gangguan-Alam-Ghaib.png

Membongkar Misteri Gangguan Alam Ghaib

RM 28.90
- +
icon-cart Add to Cart
Home

TYPE

PAPERBACK

CONDITION

NEW

AUTHOR

SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

SYNOPSIS

Sesungguhnya, sisi gelap dan cerah kehidupan ini sudah dijadikan Allah SWT bagi menunjukkan kekuasaan-Nya yang tiada tandingan. Kita hanya makhluk kerdil yang sentiasa berada dalam kehendak-Nya dan tidak mampu melakukan apapun tanpa kudrat pemberian-Nya. Syaitan, iblis, jin dan roh-roh jahat sentiasa berlegar-legar di sekililing kita. Cuma manusia tidak diberikan mata kasyaf untuk melihat kehidupan makhluk-makhluk ghaib ini. Andai dibuka hijab, tentu sekali kita akan dapat melihat alam ghaib yang dikatakan misteri tersebut.

Syaitan, jin dan roh-roh jahat di dalam dunia ini telah diterima oleh kebanyakkan orang, termasuk orang-orang bukan Islam. Bagi sebahagian besar orang, syaitan, jin dan roh-roh jahat bukan hanya mitos, tetapi juga sangat mempengaruhi kehidupan manusia. Syaitan, jin dan roh-roh jahat ini sentiasa sahaja ingin menganggu dan menyesatkan pemikiran manusia. Pelbagai cara digunakan. Kisah manusia diganggu, diusik atau disakat sering kita dengar di sekitar kehidupan kita. Ada manusia yang tubuhnya dimasuki syaitan atau jin sehingga menyebabkan berlaku kerasukan. Dalam sebuah hadis, diriwayatkan Muslim dan Abu Dawud dari Abu Sa'id al-Khudri, Baginda S.A.W bersabda, ' Apabila salah seorang di antara kamu menguap maka hendaklah ia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana syaitan dapat masuk.' (Hadis riwayat Muslim dan Abu Dawud)

Dari Shafiah binti Huyai, isteri Rasulullah S.A.W., beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Sesungguhnya syaitan itu mengalir pada anak Adam di tempat aliran darah.' (Hadis riwayat Bukhari)

Ini bermakna, Syaitan, jin dan roh-roh jahat ini akan masuk ke dalam tubuh manusia dan bergerak melalui aliran darah hingga membisiki hati dan dada, menganggu dengan sesuatu yang melalaikan orang itu dari amal soleh, sehingga melupakan perkerjaan yang dilakukannya dan apa yang hendak dilaksanakannya. Untuk menghindarkan diri kita dari gangguan makhluk-makhluk halus ini, jadikanlah Al-Quran sebagai pendinding. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: 'Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dam Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.' (Surah Al-Israa':82)

Dari Jabir RA, Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Apabila kamu sekalian mendengar lolongan anjing dan ringkik keledai (atau kuda) pada malam hari, maka mohonlah perlindungan kepada Allah dari gangguan Syaitan. Sebab mereka itu melihat sesuatu yang tidak kamu lihat (iaitu Syaitan). Dan jika kamu mendengar kokok ayam jantan, maka mohonlah kepada Allah anugerah-Nya, sebab ayam jantan itu sedang melihat Malaikat.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

TOTAL PAGE

306


Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.