icon-search
icon-search

Himpunan Kisah Sejarah Hidup Muhammad S.A.W

RM 26.90
- +
icon-cart Add to Cart
Home

TYPE

PAPERBACK

CONDITION

NEW

AUTHOR

Ibnu Mussal

SYNOPSIS

Nama insan agung ini akan sentiasa terpahat di sanubari setiap makhluk Allah S.W.T. Sesiapa yang pernah bersama baginda pasti amat merindui saat-saat manis ketika bersama baginda baik dalam suka atau duka. Setiap sunnahnya menjadi ikutan,setiap tutur katanya menjadi panduan dan pesanan yang tersemat kukuh di ingatan. Setiap tingkah lakunya menjadi perhatian kerana di situ tersirat seribu satu pengajaran kerana baginda adalah Nabi yang diutus untuk menyempurnakan akhlak umat akhir zaman. Kesabaran baginda menjunjung titah dan amanah Tuhan sekelian alam tiada bandingan. Berkat kesabaran dan kegigihan baginda selama lebih kurang 23 tahun memperjuangkan syariat Islam membuahkan kejayaan. Justeru,pemergian baginda ke sisi Allah S.W.T menjadi ratapan kerana tiada lagi kelibat manusia agung itu yang kini dirindui.

Bagi kita yang lahir setelah seribu tahun lebih kewafatan Baginda Muhammad S.A.W, barangkali sukar untuk menjiwai rasa rindu itu. Justeru, bingkisan kenangan-kenangan indah ketika hayat baginda bersama para sahabat dicoretkan di dalam buku kecil ini sebagai tanda kasih dan kenangan bagi umatnya yang ingin mengenali dengan lebih dekat siapakah insan mulia bernama Muhammad S.A.W, penghulu dan penutup semua nabi. Moga setiap kenangan di dalam buku kecil ini mampu menyemai benih rindu dalam hati sanubari kita terhadap baginda sebagaimana baginda senantiasa merindui umatnya yang tidak berkesempatan untuk bersua muka. Semoga Allah S.W.T menemukan kita dengan Nabi Muhammad S.A.W di Syurga kelak, Amin.

TOTAL PAGE

235


Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.