SIFU MANDARIN BOARD GAMES - SATU-SATUNYA "BOARD GAMES" MANDARIN YANG PERTAMA DI MALAYSIA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU. DAPATKAN SEKARANG!
icon-search
icon-search

Harun Ar Rasyid

RM 27.90
- +
icon-cart Add to Cart
Home

TYPE

PAPERBACK

CONDITION

NEW

AUTHOR

Abdul Latip Talib

SYNOPSIS

Harun bin al-Mahdi Muhammad bin al-Manshur Abu Jaafar Abdullah in Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Muthalib. Nama ibunya Jurasyiyah bint Atha atau digelar Khaizuran. Harun Ar Rasyid lahir pada tahun 148 H di Kota Ray. Menjadi khalifah ketika berumur 25 tahun. 

Para sahabat Khalifah Harun ar Rasyid bercerita, setiap hari baginda sembahyang sunat 100 rakaat. Bersedekah atau menderma 1000 dirham setiap hari. Apabila pergi menunaikan haji, baginda membawa bersamanya 100 alim ulama bersama anak-anak mereka. Jika tidak sempat mengerjakan haji maka baginda menghajikan 300 orang. (Al Khatib al Baghdadi dalam bukunya Tarikh Baghdad Bab al-Ha-u).  

Pada suatu hari Ibnu as-Samak bertemu dengan Harun Ar Rasyid. Baginda meminta air untuk diminum. Ibnu as Samak memberinya bekas berisi air lalu berkata, 'Wahai Amirul Mukminin, seandainya tuan tidak dapat meneguk air ini, dengan apakah tuan sanggup membayarnya?'

'Dengan separuh kerajaanku...' jawab Khalidah Harun Ar Rasyid. Setelah Harun Ar Rasyid meminum air itu Ibnu as Samak bertanya lagi. 'Wahai Amirul Mukminin, sekiranya air yang tuanku minum itu tidak dapat keluar dari badan, dengan apa tuanku sanggup menebusnya supaya air itu keluar?'

'Dengan seluruh kerajaanku,' jawb Khalifah Harun Ar Rasyid. Ibnu as-Samak pun berkata,' Sesungguhnya harga sebuah kerajaan hanya dengan seteguk air dan kencingnya.' (Tarikh al-Khulafa, Juz 1, Hal: 216)

TOTAL PAGE

316

Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.