TYPE
PAPERBACK
CONDITION
USED-ACCEPTABLE, a bit yellowish but content are still in good condition
AUTHOR
ZAHAZAN MOHAMED
MUHAMMAD ZAKARIA
SYNOPSIS
Buku Hadis 40 Imam Nawawi ini adalah salah satu daripada sekian banyak karya agung Imam Nawawi, malah diiktiraf antara karya terbaik beliau. Walaupun namanya Hadis 40, namun buku ini menghuraikan 42 buah hadis. Hal ini berlaku kerana menjadi tradisi orang Arab untuk menggenapkan sebarang bilangan yang terlebih atau terkurang hingga bilangan 42 menjadi 40 sahaja.
Buku Hadis 40 Imam Nawawi ini adalah antara yang tersendiri dalam kelasnya di mana setiap satu daripada 42 hadis yang terkandung dalam himpunan Hadis 40 ini diiringi dengan gambar foto, pemandangan, objek, artifak, dan grafik untuk menguatkab isi dan hujah serta huraian hadis.
Hadis-hadis yang terkandung dalam buku ini tidak disertakan sanadnya pada teks bahasa Arab supaya setiap hadis itu menjadi lebih pendek, ringkas dan mudah dihafal supaya dengan itu hadis-hadis tersebut mudah tersebar dengan meluas serta mudah menjadi sebutan daripada lidah para da'i. Walaubagaimanapun, sanad-sanad tersebut disertakan dalam terjemahan bahasa Melayunya.
TOTAL PAGE
209
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|