SIFU MANDARIN BOARD GAMES - SATU-SATUNYA "BOARD GAMES" MANDARIN YANG PERTAMA DI MALAYSIA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU. DAPATKAN SEKARANG!
icon-search
icon-search

Firaun: Tenggelam Dalam Laut Merah

RM 27.90
- +
icon-cart Add to Cart
Home

TYPE

PAPERBACK

CONDITION

NEW

AUTHOR

ABDUL LATIP TALIB

SYNOPSIS

Menurut kisahnya dari buku "Kisah 25 Rasul", sebelum Nabi Musa dilahirkan, terdapat seorang lelaki bernama Mas'ab. Walaupon umurnya sudah tua namun masih belum dikurniakan anak. Pada Suatu hari dia melihat seekor lembu yang sedang melahirkan anak, hatinya mengeluh hiba lalu berkata.

"Malang sungguh nasibku, sedangkan lembu ini pun mempunyai anak."

Tidak beberapa lama kemudian, isteri Mas'ab mengandung dan pastinya die berasa amat gembira. Namun Mas'ab meninggal dunia sebelum anaknya lahir. Beberapa bulan kemudian isteri Mas'ab melahirkan seorang anak lelaki lalu diberi nama Walid Bin Mas'ab

Al-Quran juga menceritakan bahawa Firaun dan bala tenteranya mati tenggelam dalam laut merah, Surah Al-Baqarah ayat 50.

" Dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedangkan kamu semua menyaksikannya."

Kemudian ALLAH pelihara jasad Firaun sebagai bukti kebenaran Al-Quran sebagai peringatan dan iktibar kepada manusia. Surah Yunus ayat 92.

"Maka pada hari ini, Kami selamatkan Engkau (hai Firaun) dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang orang yang dibelakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakkan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami ! "

TOTAL PAGE

299

Customer comments

Author/Date Rating Comment

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.