• Looking for children workbook activities? we have!
icon-search
icon-search
  • Cinta Kerana Allah.png

Cinta Kerana Allah

RM 20.00
- +
icon-cart Add to Cart
Home

TYPE

PAPERBACK

CONDITION

USED-GOOD

AUTHOR

PAHROL MOHAMAD JUOI

SYNOPSIS

Untuk membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah tangga masing-masing. Sayangi seluruh ahli keluarga kita. InsyaAllah, apabila rumah tangga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman.

ketika dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam 'cawan' rumah tangga boleh mencetuskan badai ke seantero dunia. Justeru, Allah telah lama mengingatkan: 'Selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api Neraka.' Untuk mengukuhkan hubungan antara dua insan yang bercinta, cinta Khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnya. Begitulah denhan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredhaan Allah. Rumah tangga hakikatnya ialah gelanggang ibadah untuk meraih pahala dan syurga.

Cinta isteri atau cinta suami ialah alat untuk mencapai cinta Allah. Ertinya, cinta akan suami dan isteri masih berdasarkan rasa cinta kepada Allah.

Apabila ini menjadi asas dan terasnya, maka itulah yang dikatakan bercinta kepada Allah. Cinta antara manusia tidak boleh terpisah daripada cinta Allah. Ketandusan cinta itulah yang melahirkan tanggungjawab. Ya, rumah tangga dibina atas dasar cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab.

Jika hanya ada cinta tetapi tidak ada rasa tanggungjawab, lambat laun cinta akan luntur dan rumah tangga akan terkubur. Sebaliknya, jika ada tanggungjawab tanpa rasa cinta, rumah tangga akan hilang keindahan dan pudar serinya. Ketika kemanisan bertukar pahit, ketika keseronokan beralih kepada kesukaran, maka tinggallah rasa tanggungjawab untuk menyempurnakan sebuah perkahwinan. Justeru, cinta hakikatnya adalah satu amanah yang terpaksa 'ditanggung', akan 'dipersoalkan' oleh Allah dan setiap yang bercinta perlu 'menjawabnya'.

Cinta bukan hanya kata-kata bermadah, tetapi cinta adalah amanah daripada Allah. Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah kurnia daripada Allah Yang Maha Indah. Justeru, jagalah kesucian dan keindahan cinta itu dengan berkata kepada kekasih hatimu, 'aku cinta kepadamu kerana Allah!'

TOTAL PAGE

296

Customer comments

Author/Date Rating Comment
Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.