TYPE
PAPERBACK
CONDITION
USED-GOOD
AUTHOR
MAT LUTHFI
SYNOPSIS
Jelasnya, Mat Luthfi berasal dari Utara, Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratam atas pengekalan dialeknya, Mal Luthfi tahu perbezaam antara tidak lupa daratam dan tidak pandai berenang.
Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Mat Luthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat sejati; ataupun kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana 'Matluthfi90', duh
Mat Luthfi mula terkenal apabila video Mother's Day's beliau di Youtube menjadi viral. Mak Mat luthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan Mother's Day haram. Mak Mat Luthfi berkata. 'Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day'. Mat Luthfi merasakan mak beliau demanding kerana mahukan video pada setiap hari.
Di kala teman-teman sebayanya sibuk membina badan, mat Luthfi sibuk membina jamban di Curtin University. Pada setiap kali Mat Luthfi berasa tertekan dengan kuliahnya, Mat luthfi akan mungurut dada dan cuba mendapatkan inspirasi daripada Alumni yang telah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari sana - Datin Sri Rosmah Mansor.
Berkat sokongan daripada rakyat Malaysia, Mat Luthfi telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Shout Aloud Award, Digi WOW Award, dan Vlogger Terbaik daripada suami Alumni. Tetapi, anugerah yang paling dihargai oleh beliau adalah anugerah untuk berfikir dan menulis.
Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca...dan harapnya berfikir....
Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan? :)
TOTAL PAGE
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|