• Looking for children workbook activities? we have!
icon-search
icon-search
  • Artritis.png

Artritis

RM 10.00
- +
icon-cart Add to Cart
Home

TYPE

PAPERBACK

CONDITION

USED-ACCEPTABLE, a bit yellowish but content are still in good condition, Some notes scribbled on text

AUTHOR

BRUCE MILLER

SYNOPSIS

Ia bermula dengan sedikit rasa kekakuan di lutut sebelah kiri. Kesakitan ini menjadi bertambah kuat dan anda menghadapi masalah untuk meneruskan joging biasa anda pada waktu pagi, malah menaiki tangga pun sekarang menjadi begitu susah. Pemeriksaan doktor menunjukkan bahawa anda menghidapi artritis. "Hampir setiap orang yang berusia lebih 50 tahun mempunyai tanda-tanda penyakit ini, jika anda kaji dengan teliti. Artritis merupakan penyebab nombor satu penghadan pergerakan dan barangkali penyebab utama kehilangan upaya, jika anda mengambil kira bahawa manusia seringkali tidak boleh bergerak kerana sakit-sakit dan sengal-sengal yang berkaitan dengan penyakit ini," ujar Jason Theodosakis, pengarang "The Arthritis Cure." 

Perkataan "arthro" bermakna "sendi" dan "itis" bermakna "kebengkakan," iaitu kegelembungan, kemerahan, kepanasan dan kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan atau penyakit dalam sendi. Terdapat lebih 100 bentuk artritis; bagaimanapun, bentuk utamanya ialah osteoartritis, reumatoid dan gout. Sekurang-kurangnya 600,000 penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas menghidapi penyakit artritis. 

Buku ini tak dapat tidak mesti dibaca oleh mana-mana orang yang menghidapi salah satu daripada berbagai bentuk penyakit artritis. Nutrisi yang optimum secara mendadak boleh memperbaiki gejala mana-mana penyakit kronik, terutama sekali yang berkaitan dengan artritis. Anda boleh mengurangkan kesan-kesan sampingan drug, dan secara umum menikmati kehidupan yang lebih aktif dan bebas daripada kesakitan. Kelegaan daripada artritis terpulanglah kepada anda sendiri! Maklumat yang terkandung dalam buku ini telah memberi kelegaan kepada beribu-ribu orang.

TOTAL PAGE

28


Customer comments

Author/Date Rating Comment
Your cart is currently empty.
Continue shopping