TYPE
PAPERBACK
CONDITION
NEW
AUTHOR
HASRI HASSAN
SYNOPSIS
Ia mengisahkan seorang budak pengembala dari Andalusia bernama Santiago yang telah merantau dari tempat kelahirannya di Sepanyol menuju ke Afrika Utara untuk mencari harta karun yang tertanam dekat kawasan Piramid, Mesir.
Di sepanjang pengembaraannya, dia telah bertemu dengan seorang wanita Gipsi yang bijak menilik, seorang lelaki yang mengakui dirinya sebagai seorang raja dan juga seorang ahli alkimia yang membantu Santiago dalam kembara pencariannya.
Namun begitu, tiada siapa tahu apakah sebenarnya harta karun itu dan adakah Santiago berjaya dalam misinya mengatasi halangan demi halangan di sepanjang perjalanannya di padang pasir yang luas itu.
Apa yang bermula sebagai sebuah pengembaraan seorang anak muda menerokai tempat-tempat eksotik dan pencarian kekayaan dunia telah bertukar menjadi sebuah pengembaraan mencari harta yang hanya boleh didapati dalam dirinya sendiri.
Cerita ini membangkitkan semangat, kaya dengan nasihat dan amat manusiawi. Cerita Santiago ini adalah sebuah hakikat pasti bahawa manusia perlu mempercayai mimpi dan sudi mendengar kata hatinya sendiri.
TOTAL PAGE
246
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|